PASIR PUTEH: Seorang lelaki dikejutkan dengan kemunculan seekor ular sawa seberat 10 kilogram (kg) di dalam mangkuk tandas rumahnya di Kampung Wakaf di sini, pada Ahad.
Kehadiran reptilia sepanjang dua meter itu disedari oleh pemilik rumah berkenaan selepas dikejutkan dengan bunyi seolah-olah serpihan kayu yang jatuh dari atap pada jam 1.05 tengah hari.
Pegawai Pertahanan Awam Pasir Puteh, Kapten (PA) Nik Mohd Nor Nik Mat berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian tersebut pada jam 2.05 petang.
"Sejurus menerima panggilan kecemasan, lima anggota termasuk seorang pegawai telah dikejarkan ke lokasi kejadian untuk kerja-kerja menangkap ular sawa berkenaan.
"Setiba di lokasi, kami dapati ular tersebut sedang berlingkar di dalam tandas," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Ahad.
Menurut beliau, reptilia tersebut berjaya ditangkap oleh anggotanya menggunakan penjerut, pengepit dan pengait.
Dalam perkembangan lain, ujarnya, setakat Januari hingga Ahad, sebanyak 60 ekor ular sawa telah berjaya ditangkap.
Nik Mohd Nor memberitahu, cuaca panas menyebabkan haiwan tersebut keluar dari tempat biasa untuk mencari kawasan yang lembap dan sejuk. - Sinar Harian
Sinar Harian
Mon May 15 2023
Ular sawa berlingkar di dalam mangkuk tandas sebuah rumah di Kampung Wakaf, Pasir Puteh pada Ahad. - Foto Sinar Harian
Projek pembangunan luar bandar perlu disempurnakan sebaiknya - Ahmad Zahid
Setiap pemegang taruh dalam ekosistem pembangunan luar bandar perlu memastikan program atau projek pembangunan yang sedang dilaksanakan dapat disempurnakan sebaiknya.
Presiden Iran dan Menteri Luar terkorban dalam nahas helikopter: Malaysia ucap takziah
kerajaan dan rakyat Malaysia menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga mangsa, rakyat Iran, dan semua yang terjejas dalam insiden tragis ini.
Ekonomi Bumiputera: 5,000 pemimpin profesional menjelang 2030
Yayasan Peneraju akan memfokuskan kepada pembangunan bakat untuk meningkatkan kelas pencipta nilai Bumiputera dan berperanan sebagai Talent Bank untuk mengenalpasti, membangun, memupuk, mengurus dan menyalur bakat Bumiputera.
Ekonomi Bumiputera: Kerajaan berhasrat gandakan syarikat di Bursa Malaysia
Kerajaan berhasrat untuk menggandakan jumlah syarikat Bumiputera yang berdaya tahan untuk disenaraikan di Bursa Malaysia pada masa hadapan melalui penjajaran semula tiga agensi bermandat Bumiputera di bawah kawal selia Kementerian Ekonomi.
29 Julai keputusan rayu keputusan inkues mendiang Soosaimanicckam
29 Julai ditetapkan bagi memutuskan rayuan terhadap keputusan terbuka berhubung inkues bagi menentukan punca kematian pegawai kadet TLDM, J. Soosaimanicckam.
Elon Musk ke Bali untuk pelancaran Starlink
Elon Musk berada di Bali untuk melancarkan perkhidmatan Starlink dan kerajaan sudah membuat tawaran rasmi kepada Tesla untuk membuka kilang bateri di negara itu.
Norza yakin atlet akan tunai janji raih emas di Olimpik Paris
Peminat sukan tanah air diseru tidak meragui keupayaan atlet kebangsaan untuk merangkul pingat emas Olimpik sulung negara pada Olimpik Paris.
Masak mi segera di stesen minyak: Empat didakwa esok
Empat daripada 15 individu yang ditahan menjalankan aktiviti memasak mi segera di kawasan stesen minyak di Genting Highlands baru-baru ini akan didakwa di Mahkamah Bentong.
Isteri, anak nelayan lemas terima faedah Perkeso
Balu dan empat anak nelayan yang ditemui lemas ketika mencari rezeki di laut di Pulau Pinang pada 35 April lalu mendapat faedah Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso).
Kes saman fitnah: Mahkamah tolak permohonan injunksi Abdul Wahab terhadap Che'gu Bard
Bekas pegawai J-KOM Abdul Wahab Abd Kader Jilani gagal dalam permohonannya untuk mendapatkan perintah injunksi bagi menghalang Chegu Bard mengeluarkan sebarang kenyataan.
Warga emas nyaris maut digigit tikus
Doktor yang melakukan ujian awal mendapati buah pinggang lelaki itu telah rosak selain mempunyai platelet darah rendah.
Ular sawa 10kg dalam mangkuk tandas
Pemilik rumah dikejutkan dengan bunyi seolah-olah serpihan kayu yang jatuh dari atap pada jam 1.05 tengah hari.
Kaki kanak-kanak tersepit dalam mangkuk tandas
Anggota bomba mengambil masa dua jam untuk mengeluarkan kaki kanak-kanak yang tersepit dalam mangkuk tandas di Taman Maluri.
Terpaksa pecahkan mangkuk tandas keluarkan remaja tersepit
Mangsa, P Sharniya, 19, dikatakan tersepit pada mangkuk jamban itu disebabkan saiz badan yang besar menyebabkan mangsa gagal bergerak.
Lima jam berkurung sebelum ditemui tidak bernyawa
Mangsa yang berkurung dalam bilik air sejak jam 8.30 pagi ditemui tidak sedarkan diri oleh ibunya kira-kira jam 2 petang selepas berjaya memecahkan pintu tandas.
Tangan tersangkut dalam salur tandas gara-gara pemetik api
Pastinya tidak berbaloi, menahan sakit lebih tiga jam semata-mata hendak mendapatkan kembali pemetik api yang terjatuh ke dalam mangkuk tandas.
Buang bayi di IPTA: Teman lelaki bebas dengan jaminan polis
Teman lelaki kepada penuntut wanita yang disyaki terlibat dalam kes penemuan mayat bayi di sebuah institut pengajian tinggi wam (IPTA) di Bukit Kayu Hitam pada Khamis lepas dibebaskan.
Penyokong bola sepak maut dibaling mangkuk tandas
Insiden tercetus selepas beberapa peminat fanatik bertindak menanggalkan tiga mangkuk tandas dan membalingnya ke arah penyokong pasukan lawan.